SYARAT DAN PERJANJIAN PENGGUNA
Syarat dan perjanjian pengguna
Jawapan: Memudahkan pengguna menjual , membeli dan menyewa rumah / hartanah.
Bagaimanakah cara untuk menghubungi laman web rumahmurah.my?Jawapan: Anda boleh email kami di support@rumahmurah.my atau call kami di +60 7231 4440 untuk berurusan terus dengan Admin kami.
Apakah bahasa yang digunakan oleh laman web rumahmurah.my jika pengguna ingin mengiklankan hartanah mereka?Jawapan: Bahasa yang boleh digunakan hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
Apakah peraturan pengiklanan yang ditetapkan oleh laman web rumhmurah.my untuk pengguna mengiklankan hartanah mereka?Jawapan: Rujuk pada peraturan Peraturan Pengiklanan rumahmurah
Adakah iklan hartanah yang sama boleh diiklankan di laman web rumahmurah.my?Jawapan: Tidak. Anda hanya boleh mengiklankan satu rumah untuk satu iklan sahaja.
Bagaimana pengguna mengklasifikasikan kategori iklan mereka laman web di rumahmurah.my?Jawapan: Pengguna dapat mengklasifikasikan kategori iklan mereka melalui 3 pilihan iaitu sewa , jual dan beli rumah / hartanah.
Adakah terdapat kategori hartanah yang khusus di laman web rumahmurah.my?Jawapan: Ada. Anda boleh pilih mengikut jenis kediaman yang ingin dicari seperti, apartment, low cost teres dll.
Adakah iklan hartanah yang diiklankan oleh pengguna di laman web dirumahmurah.my akan dikenakan sebarang caj?Jawapan: Ada.
Adakah pengguna memperolehi sebarang keuntungan jika mereka mengiklankan hartanah mereka di laman web rumahmurah.my?Jawapan: Keuntungan pengguna boleh rujuk pada ejen.
Bagaimanakah pengguna ingin menghubungi pemilik hartanah yang mengiklankan hartanah mereka di laman web di rumahmurah.my?Jawapan: Pengguna boleh merujuk pada maklumat ejen yang terdapat di paparan iklan.
Apakah jenis gambar yang boleh di muat naik oleh pengguna di laman web rumahmurah.my?Jawapan: Gambar yang diiklankan mestilah berkaitan dengan rumah yang dipaparkan. Logo syarikat lain tidak dibenarkan digunakan di paparan iklan. Untuk sebarang keterangan, boleh rujuk lebih terperinci di Peraturan Pengiklanan Gambar.
Apakah tindakan yang akan dikenakan ke atas pengguna jika mereka menyalahgunakan maklumat yang terdapat di laman web rumahmurah.my?Jawapan: Pihak pengurusan lawan web boleh mengambil tindakan menyekat akaun pengguna.
Apakah tindakan yang akan dikenakan ke atas pengguna jika mereka memuat turun gambar yang melanggar peraturan laman web rumahmurah.my?Jawapan: Pengguna akan disekat penggunaan laman web rumahmurah.my
Adakah terdapat kontrak perjanjian antara pengguna laman web rumahmurah.my dengan pihak pengurusan rumahmurah.my?Jawapan: Boleh rujuk pada terma kontrak Laman Web platform rumahmurah.my
Apakah terdapat sebarang jaminan jika pengguna mengakses pautan atau iklan daripada pihak ketiga yang terdapat di laman web rumahmurah.my?Jawapan: Pengguna boleh merujuk pada maklumat dibawah tajuk - Pautan dan Pengiklanan Pihak Ketiga
Apakah pihak laman web rumahmurah.my berhak untuk melarang atau tidak memberi kebenaran terhadap data yang dimuat naik oleh pengguna ke laman web rumahmurah.my, jika data tersebut didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak laman web rumahmurah.my?Jawapan: Ya, Pihak pengurusan laman web boleh melarang atau tidak memberi kebenaran terhadap data yang dimuat naik oleh pengguna ke laman web rumahmurah.my, jika data tersebut didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.
Bagaimana rumahmurah.my membezakan antara penjual professional dan individu yang tidak mengendalikan syarikat berdaftar dalam pengelasan iklan?Jawapan: Iklan yang diklasifikasikan secara profesional di RUMAHMURAH.my adalah untuk penjual profesional yang tidak mengendalikan syarikat berdaftar. rumahmurah.my berhak untuk menentukan sama ada iklan tersebut adalah iklan profesional atau tidak.
Apakah jenis "link" yang dibenarkan dalam teks iklan, dan apakah jenis "link" yang tidak dibenarkan?Jawapan: Anda boleh meletakkan “link” yang berkaitan dengan iklan anda dalam penerangan teks iklan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meletakkan “link” ke laman lelong, iklan media cetak, atau laman pasaran lain.
Adakah terdapat peraturan bagi pengguna untuk meletakkan sebarang “link” terhadap iklan/data yang dimuat naik ke laman web rumahmurah.my?Jawapan: Pihak pengguna boleh merujuk kepada - Polisi untuk ‘link’ ke Laman Web Kami.